Wednesday, February 10, 2010

Rugi RM30j akibat skim pelaburan jongkong emas



Oleh Fazli Abdullah
fazliabdullah@bharian.com.my

GEORGETOWN: Seorang pemilik kedai emas yang kerugian antara RM3 hingga RM4 juta, adalah antara 30 mangsa yang kehilangan RM30 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan jongkong emas di negeri ini.

Mangsa yang berusia 40-an mendakwa, segala titik peluhnya selama 20 tahun hilang sekelip mata selepas terjebak dalam skim itu tahun lalu.

Ketua Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, Asisten Komisioner Roslee Chik, berkata mangsa adalah seorang daripada 30 pelabur skim itu yang membuat laporan polis.

Kira-kira 30 lagi mangsa skim pelaburan itu di negeri ini belum membuat laporan polis. Syarikat yang mengendalikan skim pelaburan itu turut beroperasi di Kuala Lumpur dan Selangor.

"Kes berlaku tahun lalu tetapi dilaporkan tahun ini selepas mangsa menyedari mereka ditipu. Setakat ini, polis sudah menahan tiga orang bagi membantu siasatan tetapi sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

"Polis juga sedang mengesan 10 lagi suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri di sini, semalam.

Syarikat itu yang mempunyai cawangan di beberapa negeri, menawarkan pelaburan jual beli emas mengikut harga pasaran beserta pulangan tiga peratus.

Sebaik menandatangani kontrak pembelian, pelabur diberikan pulangan sebanyak tiga peratus selain jongkong emas sehingga menyebabkan ramai pelabur terpedaya.

Jika melabur dengan membeli satu kilogram emas, pelabur akan diberikan emas berkenaan untuk disimpan.

Pelabur mendapat pulangan pada bulan pertama hingga ketiga sebelum ditanya sama ada mahu meneruskan pelaburan atau tidak.

Selepas tiga bulan, pelabur diberi peluang sama ada meneruskan atau menghentikan pelaburan, tetapi perlu menyerahkan semula emas dalam simpanan mereka.

Pelabur yang menamatkan pelaburan juga dikenakan caj RM15,000. Jika pada masa itu, harga emas rendah berbanding harga belian pelabur perlu membuat bayaran tambahan kepada syarikat.

Syarikat memaklumkan mereka memerlukan masa seminggu untuk memeriksa emas yang diserahkan pelabur kononnya bagi memastikan emas itu cukup timbangan serta ketulenannya.

Roslee berkata, pelabur mula menghadapi masalah dan menyedari mereka terjebak dalam skim pelaburan itu selepas menyerahkan emas kepada syarikat berkenaan.

"Mereka yang menyerahkan semula emas itu gagal mendapatkan balik pelaburan masing-masing sebelum membuat laporan polis," katanya sambil menambah siasatan sedang dijalankan bersama Bukit Aman.



so... jangan terpedaya dengan sindiket... dapat emas.. simpan, tunggu harga naik jual..... takyah la dok layan org yg janji nak bagi pulangan..... publicgold pon tidak menjanjikan pulangan... publicgold juga dah keluarkan amaran bahawa jgn layan pada sindiket ini dalam paper




No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails